Final dah makin hampir. Debaran semakin memuncak. Dah bersediakah student2 aku? macam mana agaknya diorang menghadapi final nanti.
Actually aku risau gak dengan diorang ni. Student dah la sorang dua je satu subjek, kalau jadi apa2 kat diorang, aku turut jadi mangsa sama. Aku cuma boleh berdoa semoga diorang berjaya je. Semua dah bagi, terserah la pada diorang untuk menghadapi dengan cara masing2.
Sekolah dah mula cuti uuntuk selama sebulan setengah, sampai 5 Jan. Persiapan menghadapi penggal persekolahan baru dah bermula. Anak dah sibuk tanya bila nak beli alat sekolah. Sabar la kak, nanti bapak free kita gi beli semua.
Hari Jumaat ni kena gi UTM Skudai. Bebudak nak konvo. Rancang nak balik naik keta, tapi tak tau la, mungkin naik van sekali ngan diorang. Kita merancang, Allah merancang. Rancangan Allah lebih baik. Apa2 hal pon, insya-Allah sempatkan jugak balik kg, jumpa mak. Mintak restu, mintak berkat semoga hidup ini jadi lebih baik dari sebelumnya.
Sonntag, 16. November 2008
Donnerstag, 13. November 2008
for the second time
Masih lagi tercari2 akan arah tuju blog ini. Insya-Allah dalam masa terdekat, akan ada satu titik pertemuan ke mana perbincangan akan diarahkan. Buat masa ini, cuma gambar atas tu aje yang telah diupload.
Anyway, selamat cuti sekolah. Buat studentku, terutama student kelas dan mentee2 semua, selamat berjaya menempuh final yang tinggal tak sampai 3 minggu lagi. Semoga kalian berjaya.
Sonntag, 5. Oktober 2008
First Time
Assalamualaikum
Hari ini, 6/10/2008 - 6 hari sudah berhari raya, hari pertama bekerja selapas seminggu kita meninggalkan ramadan yang mulia.
Masih dalam mood raya, tidak terlambat kiranya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga Ramadan yang berlalu dipenuhi keberkatan dan segala amalan baik kita diredhai, dan slaah silap yang dilakukan diberi keampunan oleh-NYA.
Salam perkenalan dari kami sekeluarga... Azwa Familie

Abonnieren
Posts (Atom)