Dienstag, 20. April 2010

2nd step: Bukak akaun email

Rasanya korang tau belaka camne nak bukak akaun email, kalau tak camne korang boleh ada facebook kan.. kan..
Mana-mana email korang boleh pakai, guna la gmail ke, yahoo ke, hotmail ke, atau apa2 email free yang korang boleh open anytime, anywhere.
Guna email nih untuk:
  1. link dengan paypal
  2. link dengan ebay
  3. linkkan kedua-duanya
  4. dapat msg dari kedua-duanya
  5. selain untuk anta dan terima email dari awek ke, pak we ke, bukak facebook satu lagi ke.. ikut suka ati korang la.. aiman tak kesah..
3rd and 4th step akan menyusul kendian, mungkin lambat sket la.. sebab dlm step nih aku akan tunjuk gambar sekali, insya-Allah.
Sampai jumpa lagi..

Mittwoch, 14. April 2010

1st Step: Kad Debit/Kredit

First step, korang kena ada kad debit atau kad kredit. Tujuannya untuk:
  1. Verified PayPal
  2. Verified eBay
  3. Bayar bil eBay
  4. Buat withdraw duit dari PayPal
  5. Buat belanja kat Giant ke, Carefour ke, Tesco ke, Tunas Manja, kedai tayar ke time takde duit cash.. Kat kedai runcit depan rumah tak bleh
  6. Buat penuh dompet
Tak semua kad debit/kredit yang bleh diguna. Maybank punya kad tak bleh, policy dia tak membenarkan. Aku guna kredit kad CIMB. Yang lain kredit kad boleh pakai, sama ada visa atau mastercard. Cumanya utk withdraw boleh ke visa card je. PayPal tak boleh withdraw ke master card. Withdraw tu pindahkan duit dalam paypal ke akaun korang la.. nanti kat step 2 aku cite la detail..
Bagi yang tak layak buat kredit kad, jangan la kecewa, kita ada pilihan lain untuk verified paypal and eBay iaitu dengan guna kad debit..
Purpose kad debit nih cam kad atm gak.. kebanyakan bank dah jadikan atm card dia sebagai kad debit.. kita kena masukkan duit dalam tu dulu baru bleh guna kad tu, tak macam kad kredit, kita guna duit dulu, bayar kendian..
Kebanyakan orang guna Publik Bank punya kad debit - PB Visa Electron.

Cara nak buat kredit/debit card nih...
  1. naik kenderaan korang, start enjin
  2. Pandu ke bank yang berkenaan yang berhampiran
  3. masuk bank, jumpa customer service diorang
  4. Cakap nak apply kad kredit/debit.. mintak visa card
  5. Yang lelain nanti customer service tu akan ajar korang camne nak isi borang
Kredit kad biasanya ambik masa 3 minggu ke sebulan, tapi korang boleh kautim ngan mamat tu, mintak cepat sket..
Debit kad cepat sket, dalam seminggu ke dua minggu..
Debit card paling cepat aku pernah buat, al-Rajhi bank. Tak sampai 20 minit siap korang punya debit card. Cuma kelemahan al rajhi nih, dia tak leh buat verified paypal dan cuma ada di kawasan2 tertentu je. That why aku prefer korang guna publik bank.
tambahan: Publik Bank pon ada debit card segera, buat time tu, time tu jugak bleh siap, tapi kena sediakan RM262.00 (250 bukak akaun, 12 charge kad debit). Pastikan chip ic korang boleh dibaca. Kalau tak boleh sila bawak surat beranak. Kalau alamat dlm ic lain negeri, cth: aku dok kuantan, ic alamat johor, kena bawak bukti alamat korang kat kuantan, cam kes aku, bawak bil ape2 la.. yang ada nama ngan alamat tempat tinggal korang.
Itu je la untuk 1st step nih.. kalau ada ape2 soalan jangan malu2 tanya aku..

eBay untuk Beginner/Newbie/BudakBaruBelajar

Kali ni aku nak cite pasal bisnes kat internet, lebih spesific bisnes kat ebay.
Aku tak nak citer jual ape, untung berapa, boleh kaye ke tak atau ape2 pon soalan yang tak berkaitan... Sebab tu sume korang yang membaca artikel ni boleh dapatkan sendiri jawapannya..
Kat sini aku cuma nak cerita apa yang korang perlu buat untuk memulakan bisnes kat ebay. Apa yang perlu korang ada, korang sediakan, ok..
Secara kasarnya korang kena ada 4 benda:
  1. Kad Debit/Kredit
  2. Email Akaun
  3. Akaun PayPal
  4. Akaun eBay
Selain semangat membara untuk menjadi bisnesman, selain masa senggang yang agak banyak.
Sambung sek sok..

Montag, 12. April 2010

Perjalanan Masih Jauh

Diam tak diam, setahun sudah tak jenguk blog nih.. kira tak beroperasi dah la..
Kereta terakhir servis tukar minyak itam pada 6 april haritu.
Setelah setahun guna minyak masak, aku amik keputusan guna minyak itam biasa semula..
Masalah: minyak itam masuk ke air filter.. so tukar ke minyak itam biasa dulu..
kemungkinan: aku jarang servis sebelum dan semasa pakai minyak masak nih..
anyway, kesimpulan yg aku dapat, minyak masak boleh dipakai ganti minyak itam.. cuma kat keta aku ada poblem..
19/3/2010 Sejarah baru bermula.. anak aku dah bertambah jadi 3 orang dengan kehadiran seorang puteri... Dhia Alisha.. semoga kehadirannya memberi sinaran kepada kami sekeluarga. Semoga sentiasa di bawah perlindungan Allah.. insya-Allah