Lama dah tak nulis kat sini..
sekadar catatan renungan sendiri
jumaat lepas, 10 April tercatat sejarah pada keta aku (Saga LMST) satu-satunya
aku tuang minyak masak sawit kat enjin keta aku, ganti minyak hitam.
Setakat nih dah 200 lebih kilometer, terasa banyak perubahan pada enjin yang selama ni bagi minum minyak hitam mineral je..
hari first pakai, dah terasa pikap dia mencanak2... rasa ringan giler.. giler pon tak rignan cam tu..
masuk 100km pakai, nampak perubahan pada suhu dan rpm.. oleh kerana meter suhu saga pakai bar, susah nak trace berapa banyak turun. beza dikesan dari masa start n matikan enjin. bar suhu lambat nak naik masa mula hidup, masa nak matikan enjin, kipas ambik masa lebih cepat untuk off. kalau berenti kejap lepas bawak jalan jauh (20-40km), off enjin n on, biasanya bar suhu naik 4, nih still kat 3, bar normal bila enjin panas.
rpm pulak, oleh kerana aku jln dekat2, buleh cek 60kmj consistent je. sebelum nih 60kmj dalam 2000 rpm, sekarang nih 2000 rpm dia naik sampai lebih kurang 68kmj. not bad la utk keta standed kan..
oleh kerana ni yg first aku pakai, mungkin aku kena flush enjin.. tunggu la dia dah 1000km lebih, aku ganti yang baru. maklum le dah banyak keladak dalam enjin tu.. 3 tahun pakai mineral.. selama nih rasa mendak je.. rasa macam moto rantai kendur.. tersenggut2 masa tarik.. gear 2 pon kadang tak rak kalau langgar bonggol tinggi. sekarang nih, bleh lenjan gear 3 je.. 10kmj pon bleh lagi.. heh heh..
pengalaman aku isi, kengkawan aku sume tak caya. ye la.. dah la keta ada satu je, sesuka je nak buat barang ekperimen. tapi aku gagahi juga walaupun tahap adrenalin tu dah mencapai maksimum.. aku isi kat workshop tempat keja aku je.. tak caya sungguh technician tu.. tapi dia isi la jugak.. aku tak de kamera or hp ada kamera, so tak leh la nak amik gambar.. tak kisah la.. nanti2 bila diorang dah tengok keta aku ok je, terbukak hati diorang nak isik kat keta diorang, boleh la diorang amik gambar..
ape2hal... sawit memang power..
hujung bulan nih, aku nak bawak balik kg.. nak test jalan jauh lak...
actually ramai dah yang pakai nih, kat forum carigold je (tempat pertama aku dapat info ni..), dah dekat 70 org yang pakai.. kat tempat asal (N9) lagi ramai.. ada yang dah pakai 10 tahun pon.. (dr pembacaan aku la), so why not kite cube sendiri, rasakan sendiri dan alami sendiri kehebatannya..
Aku tak tahu dari segi teknikal, tapi dari segi pengalaman sudah mencukupi untuk aku menyertai sawit powered nih..
tak salah mencuba.. alle anfang ist schwer.. tapi kalau tak mencuba kita tak tahu kan..
So viel glueck pada sesapa yang nak mencuba
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen