ari sabtu lepas aku gi ke maran, gi rumah sepupu bini aku. tengok anak dia baru lepas operate eppendiks.
Sebenarnya, dah dekat 3 tahun dok kuantan nih, tak penah lagi gi umah dia... oleh kerana dah tau anak dia kena operate, gi la jugak menjenguk..
pukul 10:30 kitorang bertolak dari rumah, sampai sana lebih kurang 11:50. Sepanjang perjalanan maintain 80-100kmj.. rasa seronok bawak laju cam tu.. walaupun masa tu jalan tak sibuk, ikut jalan lama..
Perjalanan lancar, sekali2 potong kenderaan lain, tak yah tukar gear 4 dah, tekan je, terus meluncur dengan selesanya.. baru rasa seronok bawak keta sekang.. klu tak tu, nak motong, kena tukar gear 4, sesilap gear tige, tekan abis2.. baru le dapat motong..
sampai kat sana, lebih kurang 85km kot dari rumah aku ke sana, terpaksa parking keta kat umah abang lelaki suami sepupu aku tu, sebab jalan ke rumah dia tengah turap tar. So naik la keta diorang, ikut jalan rally. cuak jugak, walaupun kekecik dulu, cam tu la keadaan kg aku... heh heh
lepak kat umah dia, rasa aman, selesa dan selamat... sunyi je.. kawasan tu tak de orang, tanah baru teroka... rumah sebatu satu.. teringat masa aku kecik2 dulu.. cam tu la keadaannya..
anak dia pon dah baik, so lepak2... orang rumah kuat la beborak ngan sepupu dia, maklum le dah bertahun tak jumpa.. aku memang tak pernah jumpa.. 1st time tu la jumpa sejak aku kawen dah dekat 10 tahun.. seronok le jumpe sedare...
hala balik, aku still bawak slow rock macam masa gi.. hujan lebat tengah hala balik, wiper lak, getah dia macam dah nak tak nak je buat kerja... jadi bawak la pelan2.. 40-50kmj...
sampai kat gambang, simpang ke highway, minyak dah bar satu, ingatkan nak balik terus.. so teruskan le ke bando, sebab aku isi minyak bhp je.. nak isi kat bhp mana tah tu, sebelum giant, kena u turn.. malas aa nak uturn, makin jauh.. so aku teruskan le ke bando, gi isi kat bhp jalan telok cemphedak.. isi 30, je..
Dari pemerhatian aku, yang tak berapa nak perihatin nih, fuel comsumption(FC) keta aku dalam lebih kurang 11 ke 12 sen se km. sebab aku isi 30 buleh bawak sejauh 250km (anggaran je... sebab meter pakai bar, bukan analaog spring tu).. tah le susah nak kate, makin jimat ke dok.. rasanya macam makin jimat, tapi rasanya macam same je cam sebelum nih... tah le..
tak kisah le pasal jimat tu, sebab yang penting aku dapat bawak keta tu dengan keaadan yang paling aku selesa... macam yang aku nak selama ni... iaitu pikap kuat n enjin ringan..
auf wiedersehen.. alles guete..
Sonntag, 19. April 2009
Donnerstag, 16. April 2009
minyak Sawit? Minyak Hitam?
Lama dah tak nulis kat sini..
sekadar catatan renungan sendiri
jumaat lepas, 10 April tercatat sejarah pada keta aku (Saga LMST) satu-satunya
aku tuang minyak masak sawit kat enjin keta aku, ganti minyak hitam.
Setakat nih dah 200 lebih kilometer, terasa banyak perubahan pada enjin yang selama ni bagi minum minyak hitam mineral je..
hari first pakai, dah terasa pikap dia mencanak2... rasa ringan giler.. giler pon tak rignan cam tu..
masuk 100km pakai, nampak perubahan pada suhu dan rpm.. oleh kerana meter suhu saga pakai bar, susah nak trace berapa banyak turun. beza dikesan dari masa start n matikan enjin. bar suhu lambat nak naik masa mula hidup, masa nak matikan enjin, kipas ambik masa lebih cepat untuk off. kalau berenti kejap lepas bawak jalan jauh (20-40km), off enjin n on, biasanya bar suhu naik 4, nih still kat 3, bar normal bila enjin panas.
rpm pulak, oleh kerana aku jln dekat2, buleh cek 60kmj consistent je. sebelum nih 60kmj dalam 2000 rpm, sekarang nih 2000 rpm dia naik sampai lebih kurang 68kmj. not bad la utk keta standed kan..
oleh kerana ni yg first aku pakai, mungkin aku kena flush enjin.. tunggu la dia dah 1000km lebih, aku ganti yang baru. maklum le dah banyak keladak dalam enjin tu.. 3 tahun pakai mineral.. selama nih rasa mendak je.. rasa macam moto rantai kendur.. tersenggut2 masa tarik.. gear 2 pon kadang tak rak kalau langgar bonggol tinggi. sekarang nih, bleh lenjan gear 3 je.. 10kmj pon bleh lagi.. heh heh..
pengalaman aku isi, kengkawan aku sume tak caya. ye la.. dah la keta ada satu je, sesuka je nak buat barang ekperimen. tapi aku gagahi juga walaupun tahap adrenalin tu dah mencapai maksimum.. aku isi kat workshop tempat keja aku je.. tak caya sungguh technician tu.. tapi dia isi la jugak.. aku tak de kamera or hp ada kamera, so tak leh la nak amik gambar.. tak kisah la.. nanti2 bila diorang dah tengok keta aku ok je, terbukak hati diorang nak isik kat keta diorang, boleh la diorang amik gambar..
ape2hal... sawit memang power..
hujung bulan nih, aku nak bawak balik kg.. nak test jalan jauh lak...
actually ramai dah yang pakai nih, kat forum carigold je (tempat pertama aku dapat info ni..), dah dekat 70 org yang pakai.. kat tempat asal (N9) lagi ramai.. ada yang dah pakai 10 tahun pon.. (dr pembacaan aku la), so why not kite cube sendiri, rasakan sendiri dan alami sendiri kehebatannya..
Aku tak tahu dari segi teknikal, tapi dari segi pengalaman sudah mencukupi untuk aku menyertai sawit powered nih..
tak salah mencuba.. alle anfang ist schwer.. tapi kalau tak mencuba kita tak tahu kan..
So viel glueck pada sesapa yang nak mencuba

Dienstag, 17. März 2009
yang seterusnya
sekarang dah minggu ke 8 kalendar SOST. Maknanya minggu ni semester break. students dari hujung minggu lepas dah tak nampak muka.
Aku kerja gak minggu ni. Terasa malas nak ambik cuti. Kerja banyak la jugak. Nak siapkan nota. Teaching plan pon tak berisi lagi. Test n kuiz kena gak kemaskini, sebab minggu depan bengkel final dah. Gi KL lagik. OK gak. Sambil gi bengkel, klu segar, dan x kesuntukan amsa, bleh la gi loyat. Memang plan nak beli something, cuma masa x mengizinkan.
Semester nih ramai gak la student satu kelas. So berbagai la attitude yg diperagakan.
Cuti ni pon, oleh kerana bapaknya x cuti, jadik bebudak pon dok je la kat umah, tgk tv. maknya pon tgh menyiapkan diri utk test, klu dpt, kpli.

Sonntag, 16. November 2008
Final dah makin hampir. Debaran semakin memuncak. Dah bersediakah student2 aku? macam mana agaknya diorang menghadapi final nanti.
Actually aku risau gak dengan diorang ni. Student dah la sorang dua je satu subjek, kalau jadi apa2 kat diorang, aku turut jadi mangsa sama. Aku cuma boleh berdoa semoga diorang berjaya je. Semua dah bagi, terserah la pada diorang untuk menghadapi dengan cara masing2.
Sekolah dah mula cuti uuntuk selama sebulan setengah, sampai 5 Jan. Persiapan menghadapi penggal persekolahan baru dah bermula. Anak dah sibuk tanya bila nak beli alat sekolah. Sabar la kak, nanti bapak free kita gi beli semua.
Hari Jumaat ni kena gi UTM Skudai. Bebudak nak konvo. Rancang nak balik naik keta, tapi tak tau la, mungkin naik van sekali ngan diorang. Kita merancang, Allah merancang. Rancangan Allah lebih baik. Apa2 hal pon, insya-Allah sempatkan jugak balik kg, jumpa mak. Mintak restu, mintak berkat semoga hidup ini jadi lebih baik dari sebelumnya.

Donnerstag, 13. November 2008
for the second time
Masih lagi tercari2 akan arah tuju blog ini. Insya-Allah dalam masa terdekat, akan ada satu titik pertemuan ke mana perbincangan akan diarahkan. Buat masa ini, cuma gambar atas tu aje yang telah diupload.
Anyway, selamat cuti sekolah. Buat studentku, terutama student kelas dan mentee2 semua, selamat berjaya menempuh final yang tinggal tak sampai 3 minggu lagi. Semoga kalian berjaya.
Sonntag, 5. Oktober 2008
First Time
Assalamualaikum
Hari ini, 6/10/2008 - 6 hari sudah berhari raya, hari pertama bekerja selapas seminggu kita meninggalkan ramadan yang mulia.
Masih dalam mood raya, tidak terlambat kiranya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga Ramadan yang berlalu dipenuhi keberkatan dan segala amalan baik kita diredhai, dan slaah silap yang dilakukan diberi keampunan oleh-NYA.
Salam perkenalan dari kami sekeluarga... Azwa Familie

Abonnieren
Posts (Atom)